1,2,3 !! smileee...=)

1,2,3 !! smileee...=)
1,2,3 !! smileee...=)

Tuesday 21 June 2011

kenali LELAKI METROSEKSUAL..=)



Hampir sedekad lalu, kemunculan terma metroseksual telah menukar persepsi dan pemikiran kaum lelaki terhadap penampilan dan fesyen. Ramai lelaki mula sedar bahawa penampilan yang hebat akan menyerlahkan personaliti dan memberi lebih keyakinan. Percaya atau tidak, kebanyakan lelaki hari ini sudah tahu menilai kesesuaian pakaian dan trend fesyen mengikut gaya hidup mereka. Walaubagaimanapun masih ada lelaki mengganggap trend fesyen hanya untuk mereka yang berduit dan menjalani gaya hidup penuh stail sahaja.

Mengikut definisi yang diterjemahkan daripada laman Wikipedia, lelaki metroseksual bermaksud "seorang lelaki yang menghabiskan masa dan wang membeli-belah untuk penampilan mereka". Really? Namun begitu, definisi tersebut tidak cukup untuk menunjukkan yang anda ini seorang lelaki metroseksual. Ayuh kita kaji apa tanda-tanda kecil mahupun tanda-tanda jelas yang menunjukkan anda ini lelaki metroseksual.


1) Kita kaji sedikit definisi lelaki metroseksual di atas: "seorang lelaki yang menghabiskan masa dan wang membeli-belah untuk penampilan mereka". Kenyataan ini ternyata benar kerana jika kita lihat imej lelaki sejati seperti yang digambarkan di dalam filem, mereka selalunya tidak kisah dengan penampilan diri. Janggut tak shave, rambut tidak disikat rapi dan seluar jeans tak basuh selama 6 bulan. Jika anda seorang jejaka metroseksual, anda akan nampak hensem dan kemas walaupun baru bangun tidur. Rambut pon masih pacak. Ini kerana lelaki metroseksual menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk menjaga penampilan mereka. 

2) Anda ada poster David Beckham,Cristiano Ronaldo,Aidil & Zaquan yang ditampal di dinding bilik tidur anda, dan poster itu bukanlah poster mereka beraksi di padang bolasepak.

3) Anda membawa beg tangan lelaki ataupun 'manbag' ketika berjalan-jalan di kompleks membeli-beli. Beg tangan lelaki di sini bukanlah pouch kat pinggang yang macam orang selalu pakai ketika meniaga di pasar malam tu, sebaliknya beg tangan lelaki yang berjenama seperti Louis Vuitton dan Guess.


4) Anda mudah untuk bergaul tanpa menggauli kaum wanita. Anda dengan tenang boleh berbicara tanpa perlu rasa awkward ataupun terdiam tak tahu nak cakap apabila berbicara dengan fesyen tudung cinderella,syria & membuat kek marble cheese mahupun tentang tawaran set mekap Bobbi Brown.

5) Anda lepak minum kopi di Starbucks instead of kedai mamak sambil membaca majalah Men's Vogue & Maskulin


6) Anda pergi potong rambut di salun yang eksklusif instead of pergi kedai gunting rambut mamak. Syampu pun pakai L'Oreal Elseve. Rambut pun tak pernah panjang macam Kurt Cobain. Mesti buat fesyen Aidil Zafuan.

7) Anda pergi membuat manicure / pedicure serta Brazilian Wax mengalahkan teman wanita anda sendiri. In fact, anda menganggap teman wanita anda sebagai saingan anda. Tak boleh nampak kuku dia berkilat sikit. Anda juga pergi mencelup kaki anda yang almost tiada bulu itu ke dalam Fish Spa bagi membuang sel-sel kulit yang sudah mati.

8) Masuk ke dalam bilik air anda, anda akan melihat produk-produk kecantikan kulit yang dicipta untuk wanita di rak bilik air. Ada pencuci muka SimplySiti, penghapus blackhead L'Oreal serta penghapus jerawat Oxy. Not sure why Libresse pun ada.




9) Anda menonton siri televisyen yang feminin seperti Glee dan Gossip Girls mahupun rancangan realiti penuh drama dan konflik seperti The Desperate Housewives atau ANTM (america's next top model), Mudah ja nak kenal kawan anda seperti ini, check la rancangan kat FB diorang... mesti ada punya...!



10) Apabila anda lalu di hadapan gadis-gadis rempit, mereka pula yang akan buat bunyi "shissssht shissssht" di mulut untuk mengurat anda, serta melaungkan pick up line seperti "Hai awak, meh la saya belanja cake blueberry". Di sesetengah situasi juga, anda akan mendapat perhatian daripada sesetengah jejaka yang diragui orientasi seksualnya.




Jika anda seorang lelaki dan anda mengalami simptom-simptom di atas, maka ketahuilah yang anda ini seorang lelaki metroseksual. Tidak perlu rasa aib dan tidak perlu rasa bimbang, menjadi metroseksual bukanlah bermakna anda ini seorang homoseksual. Gadis-gadis pula memang sukakan jejaka berpenampilan sebegini bukan?



No comments:

Post a Comment