1,2,3 !! smileee...=)

1,2,3 !! smileee...=)
1,2,3 !! smileee...=)

Tuesday 21 June 2011

kenali LELAKI METROSEKSUAL..=)



Hampir sedekad lalu, kemunculan terma metroseksual telah menukar persepsi dan pemikiran kaum lelaki terhadap penampilan dan fesyen. Ramai lelaki mula sedar bahawa penampilan yang hebat akan menyerlahkan personaliti dan memberi lebih keyakinan. Percaya atau tidak, kebanyakan lelaki hari ini sudah tahu menilai kesesuaian pakaian dan trend fesyen mengikut gaya hidup mereka. Walaubagaimanapun masih ada lelaki mengganggap trend fesyen hanya untuk mereka yang berduit dan menjalani gaya hidup penuh stail sahaja.

Mengikut definisi yang diterjemahkan daripada laman Wikipedia, lelaki metroseksual bermaksud "seorang lelaki yang menghabiskan masa dan wang membeli-belah untuk penampilan mereka". Really? Namun begitu, definisi tersebut tidak cukup untuk menunjukkan yang anda ini seorang lelaki metroseksual. Ayuh kita kaji apa tanda-tanda kecil mahupun tanda-tanda jelas yang menunjukkan anda ini lelaki metroseksual.


1) Kita kaji sedikit definisi lelaki metroseksual di atas: "seorang lelaki yang menghabiskan masa dan wang membeli-belah untuk penampilan mereka". Kenyataan ini ternyata benar kerana jika kita lihat imej lelaki sejati seperti yang digambarkan di dalam filem, mereka selalunya tidak kisah dengan penampilan diri. Janggut tak shave, rambut tidak disikat rapi dan seluar jeans tak basuh selama 6 bulan. Jika anda seorang jejaka metroseksual, anda akan nampak hensem dan kemas walaupun baru bangun tidur. Rambut pon masih pacak. Ini kerana lelaki metroseksual menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk menjaga penampilan mereka. 

2) Anda ada poster David Beckham,Cristiano Ronaldo,Aidil & Zaquan yang ditampal di dinding bilik tidur anda, dan poster itu bukanlah poster mereka beraksi di padang bolasepak.

3) Anda membawa beg tangan lelaki ataupun 'manbag' ketika berjalan-jalan di kompleks membeli-beli. Beg tangan lelaki di sini bukanlah pouch kat pinggang yang macam orang selalu pakai ketika meniaga di pasar malam tu, sebaliknya beg tangan lelaki yang berjenama seperti Louis Vuitton dan Guess.


4) Anda mudah untuk bergaul tanpa menggauli kaum wanita. Anda dengan tenang boleh berbicara tanpa perlu rasa awkward ataupun terdiam tak tahu nak cakap apabila berbicara dengan fesyen tudung cinderella,syria & membuat kek marble cheese mahupun tentang tawaran set mekap Bobbi Brown.

5) Anda lepak minum kopi di Starbucks instead of kedai mamak sambil membaca majalah Men's Vogue & Maskulin


6) Anda pergi potong rambut di salun yang eksklusif instead of pergi kedai gunting rambut mamak. Syampu pun pakai L'Oreal Elseve. Rambut pun tak pernah panjang macam Kurt Cobain. Mesti buat fesyen Aidil Zafuan.

7) Anda pergi membuat manicure / pedicure serta Brazilian Wax mengalahkan teman wanita anda sendiri. In fact, anda menganggap teman wanita anda sebagai saingan anda. Tak boleh nampak kuku dia berkilat sikit. Anda juga pergi mencelup kaki anda yang almost tiada bulu itu ke dalam Fish Spa bagi membuang sel-sel kulit yang sudah mati.

8) Masuk ke dalam bilik air anda, anda akan melihat produk-produk kecantikan kulit yang dicipta untuk wanita di rak bilik air. Ada pencuci muka SimplySiti, penghapus blackhead L'Oreal serta penghapus jerawat Oxy. Not sure why Libresse pun ada.




9) Anda menonton siri televisyen yang feminin seperti Glee dan Gossip Girls mahupun rancangan realiti penuh drama dan konflik seperti The Desperate Housewives atau ANTM (america's next top model), Mudah ja nak kenal kawan anda seperti ini, check la rancangan kat FB diorang... mesti ada punya...!



10) Apabila anda lalu di hadapan gadis-gadis rempit, mereka pula yang akan buat bunyi "shissssht shissssht" di mulut untuk mengurat anda, serta melaungkan pick up line seperti "Hai awak, meh la saya belanja cake blueberry". Di sesetengah situasi juga, anda akan mendapat perhatian daripada sesetengah jejaka yang diragui orientasi seksualnya.




Jika anda seorang lelaki dan anda mengalami simptom-simptom di atas, maka ketahuilah yang anda ini seorang lelaki metroseksual. Tidak perlu rasa aib dan tidak perlu rasa bimbang, menjadi metroseksual bukanlah bermakna anda ini seorang homoseksual. Gadis-gadis pula memang sukakan jejaka berpenampilan sebegini bukan?



Sunday 19 June 2011

Perbezaan antara CINTA & NAFSU..!!



5 perbezaan antara CINTA & NAFSU bagi mengelak seseorang itu di permainkan ataupun mempermainkan..! Wanita sering kali menjadi mangsa nafsu serakah lelaki kerana gagal membezakan antara CINTA yang diberikan oleh lelaki...~=) kita sering kali mendengar perbezaan antara CINTA & SUKA tetapi tidak antara CINTA & NAFSU.. ataupun ADAKAH CINTA & NAFSU adalah sama???? 


Bagi sesetengah individu menganggap CINTA & NAFSU ADALAH SAMA tetapi TIDAK bagi saya..=). bagi peribadi saya, CINTA & NAFSU adalah 2 perkara yang  berbeza walaupun perbezaan nya amat sikit.


1) CINTA ITU MEMBAHAGIAKAN, TETAPI CINTA ITU MEMBAHAYAKAN.


Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan bagi orang-orang yang menjalaninya. Seseorang pencinta yang sudah menemui dan memahami makna cinta sejati akan berada dalam situasi yang membahagiakan. Sebaliknya, orang-orang yang bergelumang dengan nafsu akan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam situasi yang membahayakan. Kita tidak menafikan, di mana ada kebaikan, di situlah syaitan akan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan.

Cinta adalah kutub positif, nafsu adalah kutub negatif dan magnet itu adalah hubungan. Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benarnya cinta akan memberikan kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa bermaksud untuk merusak dan menyakiti. Lain halnya dengan orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang sementara dan hanya berorientasi pada fizikal yakni sex. Yang justru akan menjerumuskan mereka ke dalam situasi yang membahayakan.
mari kita fikir sejenak, apakan hubungan yang sedang kita jalinkan dengan pasangan sekarang ini memberikan kebahagiaan sejati atau hanya duniawi yang sementara???
2.    Cinta membuat kita ketawa, Nafsu membuat kita kecewa 
Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. HAHAHAH, ketika ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara otomatis akan tumbuh juga rumput liar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa menuai, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanami padi (cinta) itu tadi berupa buah padi (kebahagiaan) . Lain dengan orang-orang yang berlandaskan nafsu yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. Pada saat menuai, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar (nafsu) yang tidak dapat dimakan (kekecewaan) .
Di sinilah kita perlu bertanya kepada hati kita sendiri, apakah hubungan yang kita jalani dengan pasangan sudah boleh membuat kita ketawa atau hanya serangkaian kekecewaan yang kita dapat..??? Kalau yang kita dapat hanya kecewa dan kecewa, ada baiknya untuk kita berfikir balik, apakah apakah hubungan yang kita jalani berlandaskan cinta atau nafsu..????
3.    Cinta selalu ingin memberi, Nafsu hanya ingin diberi 
Saya rasa maksud dari point ketiga ini sudah jelas. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara otomatis keduanya akan menerima. Tapi kalau kita dan pasangannya inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) lalu siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya, tidak ada yang akan diberi kerana tidak ada yang ingin memberi. BETOL ATAU TIDAK?????? FIKIR2 KAN..~

4.    Cinta ingin menyayangi, Nafsu ingin melepaskan HORNY..! 
ADIOSSSS....!!! Bagaimana cara kamu melayani pasanganmu? Dan bagaimana cara pasanganmu melayani kamu? Ini adalah cara termudah untuk membezakan mana cinta, mana nafsu..????
Landasan seseorang dalam menjalinkan hubungan daapt menentukan pada bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya. Orang yang menjalin hubungan dengan landasan cinta akan senantiasa memperlakukan pasangannya dengan cara yang terbaik. Menjaga, menyayangi, perihatin dan selalu memberikan yang terbaik. Sebaliknya orang Orang yang menjalin hubungan kerana nafsu cenderung memperlakukan pasangan ke arah fizikal. Setiap kali bertemu, ingin menciumi dan diciumi, setiap kali berdua inginnya dipeluk dan memeluk,, dan yang lebih parah lagi kalau sampai kearah hubungan sex. Waaaah… , bahaya, bahaya… !!!!!!!

5.    Cinta yang ikhlas, Nafsu ingin dibalas
Cinta selalu memberi dan melakukan sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharap balasan dari pasangannya dan berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik dan sebaliknya nafsu ...!! Nafsu apabila memberi, mesti mengharapkan balasan dari pasangannya dalam bentuk fizikal ataupun ganjaran lain...~ mesti ada yang pernah mengalami kan????????
HAHAHAHAH, dah habis 5 perbezaan tersebut.~semoga perbezaan diatas dapat memberi kita sedikit gambaran dalam menjalani sesuatu hubungan.Dan diharap kita semua tidak terjerumus kedalam hubungan yang penuh nafsu dan hubungan diakhiri dengan kebahagian..=)



saya bangga jadi anak ayah..!!! u are my HERO...=)



What Is A Dad?

A dad is someone who
wants to catch you before you fall
but instead picks you up,
brushes you off,
and lets you try again.

A dad is someone who
wants to keep you from making mistakes
but instead lets you find your own way,
even though his heart breaks in silence
when you get hurt.

A dad is someone who
holds you when you cry,
scolds you when you break the rules,
shines with pride when you succeed,
and has faith in you even when you fail...
 







"My father gave me the greatest gift anyone could give another person, he believed in me". - jim valvano-

SELAMAT HARI AYAH TO MY LOVELY FATHER SABLI BIN JUNIT...~ proud to be ur son..=) thanks for everything..!!

apa itu QUANTITY SURVEY ( JURU UKUR BAHAN )?????????


BISMILLAH ,..~ 
Oleh kerana belajar di kursus ini, terlintas pulak aku nak tulis peranan2 QS ni..~aku selalu di tanya oleh kawan-kawan , saudara-saudara yang aku mengambil course apa sekarang.,dan aku menjawab aku mengambil course QS. Pasti mereka menunjukkan muka *blurr*.. adohai..~ ada yang memikirkan course ini adalah QURAN &SUNNAH. Maybe diorang x faham english kot..~ bila aku jawab dalam bahasa melayu JURU UKUR BAHAN, ada yang fikir JURU GUBAHAN pulak dahh~hahahahha.. Pada mulanya aku memang tidak tahu menahu pon tentang apa itu QS. Aku masuk ke dalam course ini pon BUKAN kerana dorongan orang tua, mahupun kawan-kawan, mahupun orang sekeliling aku..~ hahahaha.. Pada mulanya aku hanya tahu apa itu CIVIL ENGINEER kerana aku mengambil course civil engineering ketika d bangku sekolah dulu. SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEJINGKAT.!!  Setelah menamatkan sijil pelajaran malaysia which known as SPM , aku confused nak masuk course apa since im going to choose Uitm SAMARAHAN kerana berdekatan dengan MY HOME... mujurlah UITM SAMARAHAN pada masa tu ada buat satu event SELANGKAH DI UITM.. dapat lah aku tengok2 booth yang di bukak bertujuan mengenal pasti kursus yang d ambil..~ OLEH ITU, aku telah di pujuk rayu oleh budak2 n lecturer yang jaga gerai tu..~ lagipun aku xnak amek Universiti jauh2 ... takut rindukan KELUARGA..~ AHAHAHHAHAHA..=)
OK!! Tak yah nak menceloteh panjang sangat dah.. jom lah kenal2 apa itu QUANTITY SURVEYOR @ JURU UKUR BAHAN !!!

Juruukur Bahan adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kos projek tidak melebihi peruntukan (budget)yang ditetapkan oleh pihak majikan. Pihak Juruukur Bahan akan terlibat dengan sesuatu projek dari awal hinggalah ke peringkat akaun muktamad. Oleh itu maklumat dan objektif yang tepat tentang projek adalah penting untuk memastikan kos yang dianggarkan oleh pihak Juruukur Bahan ini adalah didalam lingkungan budget yang ditetapkan oleh pihak majikan. Tanpa objektif dan maklumat yang tepat maka anggaran kos yang akan dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan ini mungkin tidak setepat yang dikehendaki.

Oleh itu tanggungjawab asas pihak Juruukur Bahan didalam sesuatu proses pembangunan projek adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kajian kemungkinan.

Untuk menentukan bahawa projek yang dirancangkan adalah sesuai dengan lokasinya maka dengan ini pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menyediakan satu kajian kemingkinan untuk projek yag terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga pihak majikan akan mengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil daripada projek yang terbabit. Contonhnya kajjian kemungkinan ini diadakan untuk mengkaji kesesuaian untuk membina sebuah kompleks membeli belah di Skudai. Maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan kajian kemungkinan ini dan keputusan mengenai kajian kemungkinan ini akan dipersembahkan kepada pihak majikan.

2. Menyediakan dokumen tender.

Untuk memilih kontrakktor yang benar berkelayakan untuk sesuatu projek maka tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan senarai kuantiti berdasarkan lukisan dari perunding arkitek dan jurutera. Ketepatan dalam menyediakan senarai kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan timbulnya masalah apa bila proses pembinaan bermula kelak. Pihak Juruukur Bahan perlu menyatakan tarikh tutup bagi tender yang berkenaan.

Pihak Juruukur Bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam jangka waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Selain itu juga pihak Juruukur Bahan
hendaklah memastikan bahawa dokumen tender yang dikeluarkan itu adalah dilengkapi dengan segala dokumen dan borang-borang yang berkaitan.

3. Analisis tender.

Setelah tender ditutup, pihak Juruukur Bahan akan membuat satu analisis tender bagi projek terbabit. Tujuan analisis tender ini dilakkukan adalah untuk memilih satu kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja. Berkelayakan disini bermaksud mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, mempunyai prestasi yang baik dan tidak mempunyai beban kerja yang banyak.

Setelah selesai proses analisis tender, maka Juruukur Bahan akan mengesyorkan melalui Laporan Tender kepada majikan/klien sesebuah kontraktor yang dianggap benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja yang dicadangkan. Namun begitu kuasa untuk memilih kontraktor adalah ditangan pihak majikan.

4. Menyediakan dokumen kontrak.

Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam tender tersebut maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Dokumen kontrak ini adalah perjanjian antara majikan dan kontraktor. Diperingkat ini pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap dengan segala dokumen, borang kontrak, spesifikasi dan lain-lain lagi.

5. Memeriksa insurans.

Sebelum memulakan kerja pihak kontraktor hendaklah mengambil insuran yang berkaitan seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara samada Borang JKR atau PAM. Oleh itu Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala insuran yang telah diambil oleh pihak kontraktor tersebut adalah sah dan mencukupi. Jika perlu pihak Juruukur Bahan akan menghubungi pihak syarikat insuran terbabit bagi memastikan ianya bukan merupakan polisi yang palsu.

Selain itu juga Juruukur Bahan perlulah memastikan polisi insuran yang diambil oleh pihak kontraktor adalah dari syarikat yang dibenarkan oleh pihak Arkitek. Pihak Juruukur Bahan juga perlulah memastikan polisi insuran tersebut adalah meliputi jangka waktu yang telah ditetapkan. Juruukur Bahan perlulah memastikan nama didalam polisi insuran tersebut adalah betul. Jika berlaku kesilapan maka pihak kontraktor semestinya tidak akan menerima pampasan dari pihak insuran jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Ini adalah berdasarkan kepada kes Macaura Vs Northen Insurance Co (1925AC619) dimana pihak plantif mempunyai syarikat pembalakan dan mengambil insuran atas namanya dan bukan atas nama syarikat. Apabila berlaku kebakaran keatas syarikatnya maka pihak plaintif telah membuat tuntutan kepada pihak insuran. Didalam kes ini pihak mahkamah telah menetapkan bahawa plantif tidak dapat untuk membuat tuntutan kerana insuran yang diambil itu adalah atas namanya dan bukan atas nama syarikatnya kerana ianya tiada 
kepentingan kepada syarikatnya.


6. Penilaian kerja.

Antara tanggungjawab Juruukur Bahan adalah untuk membuat penilaian kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Tujuan penilaian kerja ini diadakan ialah untuk memberikan bayaran kepada kontraktor terhadap kerja-kerja yang dilakukan. Namun begitu kerja-kerja penilaian kerja ini hendaklah dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan dan disertai oleh pihak wakil kontraktor.

7. Mengira perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja semasa proses pembinaan maka pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menilai semula kerja-kerja yang terbabit. Dengan mengira perubahan kerja terbabit pihak Juruukur Bahan akan dapat mengetahui kos sebenar kerja-kerja terbabit sama ada ianya bertambah ataupun berkurangan daripada kos yang asal. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.

8. Mempertimbangkan tuntutan kontraktor.

Jika pihak kontraktor membuat tuntutan kepada pihak Juruukur Bahan akibat daripada pematuhannya kepada arahan Pegawai Penguasa/Arkitek seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak Setara, maka adalah menjadi tanggungjawab Juruukur Bahan untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah benar. Selain itu juga ianya dapat memastikan bahawa kos yang ditanggung oleh pihak kontraktor tersebut akibat daripada arahan tersebut adalah benar-benar merugikannya disini pihak kontraktor adalah berhak untuk menerima segala dokumen dan resit-resit pembayaran yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor adalah menanggung rugi akibat daripada pematuhan arahan Pegawai Penguasa/Arkitek.

9. Lanjutan masa.

Di samping itu juga pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menganalisa segala alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk meminta lanjutan masa seperti mana yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.. Jika didapati alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor iitu adalah munasabah maka pihak akan Juruukur Bahan memberikan persetujuannya kepada pihak Pegawai Penguasa/Arkitek untuk mengeluarkan arahan bagi meluluskan permintaan kontraktor untuk lanjutan masa tersebut.

10. Akaun muktamad.

Setelah pihak kontraktor mendapat sijil perakuan siap kerja (iaitu selepas kontraktor membaiki segala kecacatan yang ada), maka pihak Juruukur Bahan adalah dengan ini bertanggungjawab untuk membuat akaun muktamad. Akaun muktamad ini adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan didalam projek itu samada ianya mengikut peruntukan (budget) yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor ataupun melebihi peruntukan tersebut.

oleh itu, inilah beberapa peranan yang dimainkan oleh QS dan diharap memberi serba sedikit informasi kepada semua..=) DAN doakan saya menjadi seorang QS yang berjaya..! aminnnn...

sumber rujukan:

Saturday 18 June 2011

MY First Time

hahahahaha,, susah nak percaya aku buat blog...~ tengah2 malam buta kot..! but this maybe kerana aku keboringan cuti semester yang teramat panjang sekali...~ haiyakk! terima kasih uitm..! uitm d hati ku..=) actually aku memang xtau nak post apa n aku xda idea langsung,..~ wakakaka.. but from now on., this blog akan jadi diary aku..~ cheyyyyy.. *bujat alu jak*
oleh kerana menulis blog d pagi2 buta ni...~ aku ketandusan idea kerana teramat mengantok...!!!~ jadi esok jer la aku mengubah suai dan meng update blog aku ni~ HAHAHAHAHA..! then lupa nak gtau..~ if blog aku ni x seberapa n amat "menjelikkan" jangan lah mengejek or memperli akuuu~ kerana 'AKU BUDAK BARU BELAJAR' ok! nak tidoe dahhh~ b4 that jom nyanyi sama2 lagu ni~
selamat malam!!!=)